29 Sep 2014

Kehadiran Murid Melalui SPS Lite

Apa itu SPS Lite

Aplikasi SPS Lite Modul Kehadiran MuridMerujuk Pekeliling Bahagian Teknologi Pendidikan Kemenlerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan Sekolah Modul Kehadiran Murid akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2014.

  • SPS Lite menyediakan pelantar mudah alih supaya guru mudah mengambil kedatangan  pelajar.
  • Guru boleh mengambil kehadiran murid menggunakan peranti android atau ios.
  • SPS Lite merupakan pilihan merekod kehadiran murid selain daripada menggunakan buku kehadiran murid.

Fungsi SPS Lite

  • SPS Lite berhubung terus dengan sistem SPS pusat.
  • Terdapat beberapa modul yang berada di dalam SPS Lite namun buat masa ini hanya modul kehadiran sahaja boleh digunakan.
  • SPS Lite adalah satu aplikasi yang ringan dengan hanya menjalankan beberapa fungsi sahaja berbanding sistem SPS pusat.
  • SPS Lite boleh digunakan di dalam talian dan di luar talian internet.

22 Sep 2014

UPSR: Matematik, bahasa Tamil sah bocor

PUTRAJAYA 22 Sept. - Kementerian Pendidikan hari ini mengesahkan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik bocor.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ujian Matematik dan bahasa Tamil yang berlangsung pada 10 September lalu dibatalkan.
Katanya, tarikh baharu bagi ujian Matematik dan bahasa Tamil ditetapkan pada 9 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd

10 Sep 2014

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - Organisasi Kurikulum

Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular  iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

KSSR Tahap 1

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Organisasi Tahap II

Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul.  Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.


KSSR Tahap 2

Makluman untuk Tindakan Warga KPM


7 Sep 2014

Majlis Restu Ilmu Pelajar UPSR 2014

Objektif utama majlis ini ialah menzahirkan restu dan halal Ilmu daripada semua guru SK Sungai Embak serta penyataan doa dan harapan guru kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Semoga calon-calon UPSR sekolah tenang hati, terang jiwa dan dipermudahkan urusan dalam menjawab soalan-soalan UPSR yang bermula pada hari Selasa, 9 - 11 September 2014 nanti.

Lagu Rasmi Sekolah



5 Sep 2014

Sambutan Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

1 Sep 2014

Permohonan Pertukaran Guru - eGTukar


Permohonan Pertukaran Guru Sesi JANUARI 2015
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2014.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Daerah atau Bahagian masing-masing untuk tindakan pembetulan maklumat
dengan segera sebelum permohonan pertukaran dibuka.

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan e-GTukar. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').