Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016

Pemberitahuan

Terkini 
PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016
PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU ANTARA NEGERI SESI JANUARI BIL 1/2016 UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED) DIBUKA MULAI 15 HINGGA 25 JANUARI 2016 BAGI NEGERI YANG MEMPUNYAI LEBIHAN PENGISIAN GURU KE NEGERI YANG MEMPUNYAI KEKOSONGAN PERJAWATAN...



Share:

Giliran UPSR ubah format: Putrajaya mahu ikut PT3

Kementerian Pendidikan mahu ubah format UPSR kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah. — Foto failKementerian Pendidikan mahu ubah format UPSR kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah. — Foto failPUTRAJAYA, 12 Jan — Kementerian Pendidikan bercadang mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan 60 peratus peperiksaan seperti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkepentingan secara berperingkat pada tahun ini bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap cadangan itu.
“Sebenarnya, cadangan ini kita hampir laksanakan tetapi ditangguhkan. Jadi, boleh cuba kemukakan semula.
“Dalam setahun ini, kementerian akan berjumpa semua pihak terlibat. Jika mereka setuju, ia akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baharu 2016 kementerian, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2016 hingga 2020 akan menentukan kejayaan sistem pendidikan negara bukan sahaja dari aspek akademik malah psikometrik, kokurikulum dan pembinaan insan.
“Jika suatu hari nanti kombinasi dalam PBS menjadi lebih berkesan, itulah pelajar yang kita kehendaki untuk masa depan bukan sahaja berasaskan akademik semata-mata,” kata Mahdzir.
Dalam masa yang sama, beliau berkata aspek pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberi tumpuan bagi mengekalkan keharmonian dalam sistem perguruan.
Untuk itu, katanya, komunikasi dua hala antara kementerian dan semua peringkat kepimpinan sekolah, pejabat pendidikan daerah dan negeri perlu dipertingkatkan.
“Jika ada idea yang lebih baik, beritahulah kepada kementerian, saya boleh terima. Tak perlu tunggu sahaja arahan atau pekeliling dari kementerian.
“Menteri dan semua peringkat tertinggi kementerian ini, kami berkhidmat untuk pihak sekolah. Kementerian bekerja untuk menentukan kejayaan sekolah,” katanya. — Bernama
Share:

Majlis Perpisahan Encik Zamri dan Puan Rahizan

Tarikh : 10 Januari 2016
Masa : 10.00 Pagi
Tahniah diucapkan kepada cikgu Zamri yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SK Sungai Mengkuang dan Pn. Rahizan sebagai PK1 di SK Sultan Yahya Petra 1...





Share:

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016

Tarikh : 10 Januari 2016
Masa : 8.00 Pagi
Perarakan : Sekitar Taman Desa Ar-Rahman, Kuala Krai, Kelantan



Share:

Laluan Baru Kuala Krai

Laluan baru bandar Kuala Krai bermula 16 Januari 2016.

Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut