28 Feb 2017

Kalendar Cuti Umum Bagi Bulan Mac 2017

04-Mar-17 Sabtu
Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
23-Mar-17 Khamis
Keputeraan Sultan Johor
Johor

PERMATA PINTAR - Ujian UKM1 2017


MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA DAN PELAJAR
Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) antara 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.
Untuk makluman ibu bapa serta pelajar-pelajar, ujian Permata Permata Pintar ini boleh dibuat di rumah atau di mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet. Diharap ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak menjawab ujian ini. Bagi pelajar yang tiada kemudahan komputer dan internet boleh buat ujian UKM1 ini di sekolah.


5 Feb 2017

Program Jom Ke Sekolah 2017

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah berlangsung pada 05 Februari 2017. Program bermula seawal jam 7.45 pagi. Ia merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

 Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Pn Hjh Raj Yah bt Raj Mohamed. Acara perasmian ini dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran oleh guru-guru SK Sungai Embak.

Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui pegawai perhubungan yang disediakan disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektifnya adalah bagi mewujudkan hubungan mesra yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak Polis. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan menghidupkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.