Memaparkan catatan dengan label Berita 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita 2016. Papar semua catatan

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 40


Share:

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Share:

Makluman Cuti Sempena UPSR 2016 dan Cuti Pertengahan Penggal Kedua

Makluman untuk ibu bapa dan penjaga tentang pengumuman cuti ini. Tuan puan diminta memastikan kehadiran anak tuan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Share:

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2017

Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Kawalan Tingkatan Satu (1) Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 1 September 2016.
Klik di sini untuk membuat permohonan..

Share:

Jadual Peperiksaan Bertulis UPSR 2016

Jadual Peperiksaan Bertulis UPSR 2016



Share:

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017


Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Share:

PENGGUNAAN APLIKASI SYNC DAN LANGKAH-LANGKAH PENGAKTIFAN



Aplikasi ‘Sync School Messaging’ (Aplikasi SSM) merupakan medium komunikasi yang dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan ibu bapa, guru dan murid dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon pintar ataupun telefon biasa. Objektif penggunaan Aplikasi SSM adalah seperti berikut:-

i.    merapatkan hubungan serta meningkatkan pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti-
      aktiviti yang dijalankan di sekolah; dan

            ii.  meningkatkan kehadiran ibu bapa dan komuniti ke sekolah dalam semua aktiviti khususnya
                 yang berkaitan dengan kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti wajib pelibatan ibu bapa
                 di sekolah. 

Diminta semua guru dan ibu bapa serta keluarga dapat memuat turun aplikasi ini di Google Playstore atau App Store. Sila layari web http://www.sync.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila baca dan ikuti panduan di bawah untuk mengaktifkan aplikasi SYNC ini:



 Langkah 1

 Langkah 2

Langkah 3


Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut