Memaparkan catatan dengan label Berita 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita 2018. Papar semua catatan

9 Mei diisytihar cuti kelepasan am tambahan

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU-14 itu merupakan hari bekerja.
"Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu.
Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Share:

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 14 Ditetapkan Pada 9 Mei 2018

10 April - Selepas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa parlimen dibubarkan pada 7 April 2017. Ini bermakna hari penting bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu hari Pilihan Raya Umum yang ke 14 akan dijalankan tidak lama lagi.

Selepas pembubaran parlimen, semua Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia juga turut membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu) manakala tarikh penamaan calon pada 28 April 2018.

Pengundian awal pula ditetapkan pada 5 Mei 2018 manakala tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari.
Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut