29 Ogo 2016

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia
Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan
Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016
SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA

sumber: http://www.mysumber.com 

28 Ogo 2016

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah PPD Kuala Krai 2016

Tahniah kepada pasukan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah kerana mendapat tempat pertama kejohanan ini. Pertandingan berlangsung pada 22 Ogos 2016 di pusat Futsal Kampung Tualang, Kuala Krai...
Kejohanan Futsal dan Bola Jaring 206

25 Ogo 2016

Penutup Kem UPSR - 24 Ogos 2016

Jadikanlah anak-anak pelajar kami yang terlibat dalam program ini di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidang akademik dan ko-kurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi untuk menjadi bunga-bunga bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.
KEM UPSR 2016

19 Ogo 2016

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Bersempena dengan kedatangan bulan kemerdekaan pada tahun ini, sekolah akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Perasmian majlis ini akan diadakan di Dewan Gemalasari pada 21 Ogos 2016 ini.

11 Ogo 2016

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017


Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN: