25 Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya

Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

1 - dunia ibarat laut yang dalam
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
2 - terima nasihat
Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
3 - tawadduk
Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
4 - baja bagi tanaman
Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
5 - hutang
Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”
6 - putus asa dari rahmat Allah
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
7 - pendusta akan hilang kpercayaan
Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
8 - jiran tetangga yang jahat
Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
9 - orang bodoh sebagai utusan
Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
10 - dusta dan daging burung
Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
11 - pilih majlis
Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
12 - jangan makan sampai kenyang
Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
13 - pahit dan manis
Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
14 - makan bersama orang yang bertakwa 
Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
15 - ilmu untuk diamalkan
Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
16 - mencari kawan sejati
Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
17 - bertutur dengan baik dan sopan serta bermanis muka
Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
18 - pilih teman yang berharap
Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
19 - jangan riya' dan mengharapkan sanjungan
Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
20 - jangan condong kepada dunia
Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
21 - berdiam diri lebih baik dari berkata yang kotor
Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”
22 - berjalan tanpa tujuan dan mensia-siakan harta
Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
23 - disayangi dan tiada penyesalan
Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
24 - bergaul rapat dengan orang yang alim dan berilmu
Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
25 - ala kadar dan jangan hipokrit
Sumber : http://cheahmad.blogspot.sg/2009/07/25-pesanan-luqman-hakim-kepada-anak.html
Share:

Giliran UPSR ubah format: Putrajaya mahu ikut PT3

Kementerian Pendidikan mahu ubah format UPSR kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah. — Foto failKementerian Pendidikan mahu ubah format UPSR kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah. — Foto failPUTRAJAYA, 12 Jan — Kementerian Pendidikan bercadang mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 40 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan 60 peratus peperiksaan seperti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkepentingan secara berperingkat pada tahun ini bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap cadangan itu.
“Sebenarnya, cadangan ini kita hampir laksanakan tetapi ditangguhkan. Jadi, boleh cuba kemukakan semula.
“Dalam setahun ini, kementerian akan berjumpa semua pihak terlibat. Jika mereka setuju, ia akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baharu 2016 kementerian, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2016 hingga 2020 akan menentukan kejayaan sistem pendidikan negara bukan sahaja dari aspek akademik malah psikometrik, kokurikulum dan pembinaan insan.
“Jika suatu hari nanti kombinasi dalam PBS menjadi lebih berkesan, itulah pelajar yang kita kehendaki untuk masa depan bukan sahaja berasaskan akademik semata-mata,” kata Mahdzir.
Dalam masa yang sama, beliau berkata aspek pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberi tumpuan bagi mengekalkan keharmonian dalam sistem perguruan.
Untuk itu, katanya, komunikasi dua hala antara kementerian dan semua peringkat kepimpinan sekolah, pejabat pendidikan daerah dan negeri perlu dipertingkatkan.
“Jika ada idea yang lebih baik, beritahulah kepada kementerian, saya boleh terima. Tak perlu tunggu sahaja arahan atau pekeliling dari kementerian.
“Menteri dan semua peringkat tertinggi kementerian ini, kami berkhidmat untuk pihak sekolah. Kementerian bekerja untuk menentukan kejayaan sekolah,” katanya. — Bernama
Share:

KENYATAAN MEDIA KPM: ISU PERTUKARAN GURU

KENYATAAN MEDIA KPM: ISU PERTUKARAN GURU

13 January 2016



Share:

Majlis Perpisahan Encik Zamri dan Puan Rahizan

Tarikh : 10 Januari 2016
Masa : 10.00 Pagi
Tahniah diucapkan kepada cikgu Zamri yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SK Sungai Mengkuang dan Pn. Rahizan sebagai PK1 di SK Sultan Yahya Petra 1...





Share:

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016

Tarikh : 10 Januari 2016
Masa : 8.00 Pagi
Perarakan : Sekitar Taman Desa Ar-Rahman, Kuala Krai, Kelantan



Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut