Hari Sukan Negara 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
OBJEKTIF
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Share:

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 40


Share:

Kalendar Cuti Umum Bagi Bulan Oktober 2016

TarikhHari Cuti Sambutan Negeri Terlibat
01 Oct Sabtu Harijadi YDP Sabah Sabah
02 Oct Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
14 Oct Jumaat Hari Jadi YDP Melaka Melaka
24 Oct Isnin Keputeraan Sultan Pahang Pahang
29 Oct Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri Kecuali Sarawak
***Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Share:

Selamat Menyambut Awal Muharam 1438H

TEMA MAAL HIJRAH 2016

  • Tema Tahun 2016 - "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah" 
Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.
Selamat menyambut hari Maal Hijrah 2016 / 1438H. Semoga kita dapat berubah ke arah lebih baik di tahun baharu Islam ini.
Share:

Sambutan Hari Malaysia 2016

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Petikan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia
Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut