Muat turun DSKP

Share:

Makluman Mesyuarat

Tarikh : 9.2.2025
Hari : Ahad
Tempat : Makmal Komputer
📍Mesyuarat Perancang Sekolah bil 1/2025
      Masa : 8.30pg

📍Mesyuarat Guru bil 1/2025
    Masa : 10.00pg
    Semua guru diwajibkan hadir.
    Makan tgh disediakan.
    Terima kasih.

JKuasa Perancang Sekolah Tahun 2025:

1.Semua Penolong Kanan
2.Pn Suhaila-SU Perancang Sekolah/KP BM
3.Ustzh Norhayati-SU Kurikulum
4.Ustzh Hidayatil Faizeen-SU HEM
5.Pn Nor Asriza- SU KO
6.Pn Emi Suhaida- SU PPKI
7.En Adam- SU Kecemerlangan
8.En Nordin- SU SK@S
9.Ustzh Zaleha-SPLKPM
10.En Faizan-Prasekolah
11.Pn Satrah-PSS
12.En Hishamudin-BIK
13.Ust Tarmizi- PIBG/SSDM
14.En Izuddin-3K
15.En Shubly- KP MT
16.En Nik Khusyairi- KP RBT
17.Pn Raba'atul- KP BI
18.Pn Norhayati - SU Sukan/KP SN
19.Ustzh Norzilailawani-KP PAI
Share:

Semakan tawaran murid Tingkatan Satu (1) Kelas Seliaan Negeri (KSN) Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Sesi Akademik 2025/2026

INFO JPN Kelantan: Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran murid Tingkatan Satu (1) Kelas Seliaan Negeri (KSN)  Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Sesi Akademik 2025/2026  boleh disemak bermula pada 6  Februari 2025 (Khamis)  jam 3.00 petang sehingga 15 Februari 2025.

Pautan semakan tawaran:
https://semakanksnkelantanT1.com
Share:

Semakan Tawaran Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2025

Klik untuk Semakan:

Ke Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Ke Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/


Share:

Objektif Pendidikan Prasekolah

 Prasekolah di Aliran Perdana

Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:

  • Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan;
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
  • Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
  • Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia;
  • Menyayangi dan menghargai alam sekitar;
  • Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri;
  • Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri;
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
  • Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Prasekolah Pendidikan Khas

  • Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan Murid Berkeperluan Khas agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti;
  • Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas;
  • Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri;
  • Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin;
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam; dan
  • Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.



Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut