Kehadiran Murid Melalui SPS Lite
Apa itu SPS Lite
Merujuk Pekeliling Bahagian Teknologi Pendidikan Kemenlerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan Sekolah Modul Kehadiran Murid akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2014.
- SPS Lite menyediakan pelantar mudah alih supaya guru mudah mengambil kedatangan pelajar.
- Guru boleh mengambil kehadiran murid menggunakan peranti android atau ios.
- SPS Lite merupakan pilihan merekod kehadiran murid selain daripada menggunakan buku kehadiran murid.
Fungsi SPS Lite
- SPS Lite berhubung terus dengan sistem SPS pusat.
- Terdapat beberapa modul yang berada di dalam SPS Lite namun buat masa ini hanya modul kehadiran sahaja boleh digunakan.
- SPS Lite adalah satu aplikasi yang ringan dengan hanya menjalankan beberapa fungsi sahaja berbanding sistem SPS pusat.
- SPS Lite boleh digunakan di dalam talian dan di luar talian internet.
UPSR: Matematik, bahasa Tamil sah bocor
PUTRAJAYA 22 Sept. - Kementerian Pendidikan hari ini mengesahkan
kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik bocor.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ujian Matematik dan bahasa Tamil yang berlangsung pada 10 September lalu dibatalkan.
Katanya, tarikh baharu bagi ujian Matematik dan bahasa Tamil ditetapkan pada 9 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE
Berikutan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ujian Matematik dan bahasa Tamil yang berlangsung pada 10 September lalu dibatalkan.
Katanya, tarikh baharu bagi ujian Matematik dan bahasa Tamil ditetapkan pada 9 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - Organisasi Kurikulum
Organisasi Kurikulum KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Organisasi Tahap I |
Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras Asas
Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.
Modul Teras Tema
Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Elektif
Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.
Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
Organisasi Tahap II
Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.
