24 Ogo 2014

Pengenalan SSQS

ssqslogoPengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 Aoril 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
OBJEKTIF SSQS
Objektifnya ialah:
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&).
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT untuk P&P.
Empat domain utama SSQS ialah Penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur. Setiap domain mempunyai indikator-indikator tertentu.
Penarafan sekolah yang dibuat sekali setahun mula dilaksanakan pada tahun 2007 untuk 2047 sekolah. Bilangan seekolah yang ditaraf ditambah setiap tahun. Pada tahun 2010 KPM mensasarkan untuk menaraf semua sekolah KPM. Selaras dengan perkembangan ICT, mulai tahun 2008, Bahagian Teknologi Pendidikan telah melaksanakan SSQS secara on-line di alamat http://www.ssqs.moe.edu.my
Sekolah yang tidak dapat akses kepada internet semasa tempoh penarafan telah membuat pengisian data di Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran atau menggunakan CD versi offline
SSQS telah dapat memberi maklumat kepada semua pihak berkepentingan dalam merancang penambahbaikan program untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bagi penghasilan pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan, inovatif dan kreatif. SSQS juga digunakan oleh pelbagai pihak khususnya pentadbir sekolah sebagai rujukan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah berbantukan ICT.

0 Comments:

Catat Ulasan