SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 15 TAHUN 2015-PELAKSANAAN SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS).
Kategori | Surat Siaran |
Bil | 15 |
Tahun | 2015 |
Jabatan | Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan |
Fail | Pelaksanaan Single Sign On (SSO) untuk log masuk Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Senarai Aplikasi Pelaksanaa SSO Manual Pengguna SSO |
Tarikh | 01 October 2015 |
Apa itu SSO?
1.3 Kumpulan pengguna
Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.
b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
c) Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) dari modul-modul setelah masuk ke modul-modul tersebut (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)
d) Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini. (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)
1.0 Pengenalan
1.1 Definisi SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.1.2 Objektif
Objektif SSO adalah untuk:● membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran
akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.
1.3 Kumpulan pengguna
Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.
1.4 URL SSO
URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO
a) Pengguna boleh mendaftar masuk melalui eOperasi, eMIS dan APDM.b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
c) Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) dari modul-modul setelah masuk ke modul-modul tersebut (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)
d) Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini. (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)
2.0 Cara DAFTAR & Log In
Log IN -> https://sps1.moe.gov.my/indexsso.phpSSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM |
0 Comments:
Catat Ulasan