Aplikasi ‘Sync
School Messaging’ (Aplikasi SSM) merupakan medium komunikasi yang dibangunkan
bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dengan ibu bapa, guru dan murid dalam menyampaikan maklumat
terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon pintar ataupun telefon biasa.
Objektif penggunaan Aplikasi SSM adalah seperti berikut:-
i. merapatkan hubungan serta meningkatkan
pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di sekolah; dan
ii.
meningkatkan kehadiran ibu bapa dan komuniti ke sekolah dalam semua
aktiviti khususnya
yang berkaitan dengan
kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti wajib pelibatan ibu bapa
di sekolah.
Diminta semua guru dan ibu bapa serta keluarga dapat memuat turun aplikasi ini di Google Playstore atau App Store. Sila layari web http://www.sync.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila baca dan ikuti panduan di bawah untuk mengaktifkan aplikasi SYNC ini:
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
0 Comments:
Catat Ulasan