29 Ogo 2016

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia
Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan
Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016
SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA

sumber: http://www.mysumber.com 

0 Comments:

Catat Ulasan