PAKAR kesihatan
terkenal, Callum Melly menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil
buah-buahan selepas bersenam dengan harapan untuk menurunkan berat
badan.
Menurut Melly, memakan terlalu banyak buah-buahan termasuk selepas
bersenam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kenaikan berat badan.
Melly memberitahu, tubuh badan sepatutnya memerlukan sejumlah
karbohidrat yang mencukupi terutama selepas bersenam dan perlu diganti
dengan pengambilan nasi atau ubi kentang kerana ia bagus untuk membina
otot.
“Buah-buahan bagus untuk kesihatan kerana rendah kalori dan kaya dengan vitamin untuk keperluan diet seimbang,” kata Melly.
Tambahnya lagi, waktu terbaik untuk mengambil buah-buahan adalah pada waktu pagi atau 15 minit sebelum bersenam.
0 Comments:
Catat Ulasan