28 Feb 2017

PERMATA PINTAR - Ujian UKM1 2017


MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA DAN PELAJAR
Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) antara 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.
Untuk makluman ibu bapa serta pelajar-pelajar, ujian Permata Permata Pintar ini boleh dibuat di rumah atau di mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet. Diharap ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak menjawab ujian ini. Bagi pelajar yang tiada kemudahan komputer dan internet boleh buat ujian UKM1 ini di sekolah.


0 Comments:

Catat Ulasan