Sejarah Pembukaan

Sekolah Kebangsaan Sungai Embak merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan. Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan Bandar Kuala Krai.

Pada awal pembukaan sekolah, terdapat hanya 23 orang murid dan seorang tenaga pengajar. Sekolah ini mula dibina pada 3hb Oktober 1965 atas dasar sekolah percubaan dengan berbekalkan bangunan sementara yang dibina secara gotong-royong di atas Tanah Wakaf milik dermawan Tuan Haji Che Seman Bin Ab Rahman. Sekolah ini dibina memandangkan kanak-kanak sekitar sebelum ini tidak bersekolah. Sekolah ini adalah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Batu Jong dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Sulaiman Bin Bulcoon, Menteri Perikanan dan Pertanian Tanah Melayu pada ketika itu.

Bermula pada tarikh 29hb Mei 1966, Encik Mohamad Bin Md Yosof telah mula bertugas sebagai Guru Besar sekolah ini. Semasa beliaulah bangunan sementara sekolah ini dibina dan mula digunakan pada 25hb Jun 1969. Pada 14hb Jun 1971, dalam mesyuarat Agung PIBG, sekolah telah mengambil keputusan akan menggunakan sebidang tanah kepunyaan Ladang Getah Sungai Durian yang letaknya di persimpangangan jalan Sungai Embak, Sungai Durian dan Takdir Chenulang. Kawasan ini telah menjadi tapak kekal sekolah ini sehinggalah sekarang.
Penduduk Kampung Bergotong –royong Membina Sekolah Pada Tahun 1965

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

GURU BESAR


 

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut