Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Antara perubahan tersebut adalah :
- Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
 - Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
 - Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
 - Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
 - BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu.
 - Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
 
![]()  | 
| Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) | 
![]()  | 
| Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) | 
- Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
 
Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:
- Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
 - Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
 - KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.
 
MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:
- KSSR (Semakan 2017)
 - KSSM (Semakan 2017)
 - KSPK (Semakan 2017)
 - Sumber:http://www.cikgushare.com/2016/04/kssr-kssm-semakan-mulai-tahun-2017-apa.html
 




















