Jadikanlah
anak-anak pelajar kami yang terlibat dalam program ini di kalangan mereka yang
sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidang akademik dan ko-kurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi untuk menjadi bunga-bunga
bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.
KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017
Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Antara perubahan tersebut adalah :
- Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
- Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
- Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
- Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
- BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu.
- Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
![]() |
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) |
![]() |
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) |
- Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:
- Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
- Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
- KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.
MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:
- KSSR (Semakan 2017)
- KSSM (Semakan 2017)
- KSPK (Semakan 2017)
- Sumber:http://www.cikgushare.com/2016/04/kssr-kssm-semakan-mulai-tahun-2017-apa.html
PENGGUNAAN APLIKASI SYNC DAN LANGKAH-LANGKAH PENGAKTIFAN
Aplikasi ‘Sync
School Messaging’ (Aplikasi SSM) merupakan medium komunikasi yang dibangunkan
bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dengan ibu bapa, guru dan murid dalam menyampaikan maklumat
terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon pintar ataupun telefon biasa.
Objektif penggunaan Aplikasi SSM adalah seperti berikut:-
i. merapatkan hubungan serta meningkatkan
pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di sekolah; dan
ii.
meningkatkan kehadiran ibu bapa dan komuniti ke sekolah dalam semua
aktiviti khususnya
yang berkaitan dengan
kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti wajib pelibatan ibu bapa
di sekolah.
Diminta semua guru dan ibu bapa serta keluarga dapat memuat turun aplikasi ini di Google Playstore atau App Store. Sila layari web http://www.sync.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila baca dan ikuti panduan di bawah untuk mengaktifkan aplikasi SYNC ini:
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016
Tujuan Sambutan Hari Guru disambut ialah untuk menghargai jasa guru,memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru,meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat dan menarik perhatian ibu bapa,murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
" width="600">