Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada
tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu
hati rakyat Malaysia apabila
Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016
Dalam
satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema
sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana
perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan
dalam kalangan rakyat Malaysia
Sementara, Logo dan
Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut
dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan
rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan
Dalam
pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari
Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program
MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang,
Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari
Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan
Hari Malaysia 2016
SehatiSejiwa
mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan
seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan
yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Sebagai
makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut
tahun.
KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA
sumber: http://www.mysumber.com