Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan

KUALA LUMPUR: Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.
Menurutnya tempoh percubaan itu akan berlangsung tiga bulan di sekolah terlibat untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.
"Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly, Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn Bhd Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.
Kamalanathan berkata kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Share:

Elak makan buah selepas bersenam

PAKAR kesihatan terkenal, Callum Melly menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil buah-buahan selepas bersenam dengan harapan untuk menurunkan berat badan.
Menurut Melly, memakan terlalu banyak buah-buahan termasuk selepas bersenam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kenaikan berat badan.
Melly memberitahu, tubuh badan sepatutnya memerlukan sejumlah karbohidrat yang mencukupi terutama selepas bersenam dan perlu diganti dengan pengambilan nasi atau ubi kentang kerana ia bagus untuk membina otot.
“Buah-buahan bagus untuk kesihatan kerana rendah kalori dan kaya dengan vitamin untuk keperluan diet seimbang,” kata Melly.
Tambahnya lagi, waktu terbaik untuk mengambil buah-buahan adalah pada waktu pagi atau 15 minit sebelum bersenam.
Share:

Peperiksaan UPSR- Hari Keempat

Kertas peperiksaan pada hari ini, Khamis ( 08 September 2016 )
Share:

Cuti Umum dan Cuti Sekolah Bagi Bulan September 2016

Bulan September (9)

Tarikh Hari Cuti Sambutan Negeri Terlibat
10 Sep Sabtu Hari Jadi YDP Sarawak Sarawak
12 Sep Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri
13 Sep Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 Sep Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri

***Cuti Pertengahan Penggal 2 : 9 September - 17 September

Share:

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016

TARIKH : 04 SEPTEMBER 2016
Majlis Restu Ilmu bagi pelajar yang akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 bertempat di Dewan Gemalasari, SK Sungai Embak.
Majlis diadakan untuk memberi kata-kata nasihat dan tips yang berguna kepada para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Para pelajar bersalaman dengan semua guru dan bermaaf-maafan.
MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2016
Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut