Pengertian Wukuf

 Arafah adalah Kota di sebelah timur Makkah ini juga dikenali sebagai tempat pusatnya haji, iaitu tempat wukuf dilaksanakan. Wukuf di Padang Arafah adalah inti ibadah haji. Apabila jamaah yang sedang mengerjakan ibadah haji tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya.
Secara fizikal, wukuf Arafah adalah kemuncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan.
Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji.
Erti Lain Dari Wukuf adalah hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu Zuhur dan Asar.
Melaksanakan Wukuf hanya satu hari (siang hari) pada tarikh 9 Zulhijjah. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama, sehingga Rasulullah bersabda, "Haji adalah (wukuf) di Arafah."
Wukuf dimulai sejak tergelincirnya matahari, atau sejak masuknya waktu Zuhur. Dimulai dengan mendengarkan khutbah, lalu mengumandangkan azan, kemudian iqamah, setelah itu lakukan solat Zuhur dua rakaat, kemudian iqamah lagi, lalu lakukan solat Asar dua rakaat, dengan cara qashar dan jama' pada waktu Zuhur ( jama' taqdim ).
Selesai solat Zuhur dan Asar, hadapkan diri anda ke arah kiblat, lalu perbanyaklah membaca doa, zikir, tilawatul qur'an kerana doa yang paling utama adalah doa pada hari Arafah.
Saat itu anda berada di tempat dan waktu yang sangat berharga dan sangat mustajab. Saat itu Allah membanggakan hamba-hamba-Nya yang datang dari berbagai penjuru memenuhi panggilanNya. Allah akan memenuhi apa yang mereka minta dan mengampuni orang-orang yang bertaubat. Maka, jangan lewatkan waktu-waktu anda yang sangat berharga tersebut dengan hal-hal yang tidak berfaedah, seperti jalan ke sana kemari, membeli-belah atau berselfie. Manfaatkan dengan banyak beribadah. Jika merasa letih anda boleh istirahat sebentar, atau anda makan dan minum untuk mengembalikan tenaga.
Bacaan Utama Pada Saat Wukuf
“Laa ilaaha illawloohu wahdahu laa syariikalah, lahul-mulku walahul-hamdu wa huwa’alaa kulli syai’in qodiir”
Upayakan untuk membaca doa dan zikir yang telah ada ketetapannya dalam Al-Quran dan Sunnah. Wukuf dapat terlaksana dengan berdiam sebentar di Arafah setelah matahari tergelincir pada tanggal 9 Zulhijjah, namun wajibnya dia berdiam di Arafah adalah hingga matahari terbenam. Namun waktu wukuf masih terbuka hingga waktu fajar tanggal 10 Zulhijjah. Ketika matahari terbenam pada hari Arafah, bersiap-siaplah berangkat ke Muzdalifah untuk mabit pada malam tanggal 10 Zulhijjah.
Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, di Arafaf dan tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Dan saat itu, turunlah ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw.
Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (Al-Maa’idah:3)
Sumber: http://seputarpengertian.blogspot.com/2014/10/seputar-pengertian-wukuf.html
Share:

Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan

KUALA LUMPUR: Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.
Menurutnya tempoh percubaan itu akan berlangsung tiga bulan di sekolah terlibat untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.
"Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly, Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn Bhd Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.
Kamalanathan berkata kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Share:

Elak makan buah selepas bersenam

PAKAR kesihatan terkenal, Callum Melly menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil buah-buahan selepas bersenam dengan harapan untuk menurunkan berat badan.
Menurut Melly, memakan terlalu banyak buah-buahan termasuk selepas bersenam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kenaikan berat badan.
Melly memberitahu, tubuh badan sepatutnya memerlukan sejumlah karbohidrat yang mencukupi terutama selepas bersenam dan perlu diganti dengan pengambilan nasi atau ubi kentang kerana ia bagus untuk membina otot.
“Buah-buahan bagus untuk kesihatan kerana rendah kalori dan kaya dengan vitamin untuk keperluan diet seimbang,” kata Melly.
Tambahnya lagi, waktu terbaik untuk mengambil buah-buahan adalah pada waktu pagi atau 15 minit sebelum bersenam.
Share:

Peperiksaan UPSR- Hari Keempat

Kertas peperiksaan pada hari ini, Khamis ( 08 September 2016 )
Share:

Cuti Umum dan Cuti Sekolah Bagi Bulan September 2016

Bulan September (9)

Tarikh Hari Cuti Sambutan Negeri Terlibat
10 Sep Sabtu Hari Jadi YDP Sarawak Sarawak
12 Sep Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri
13 Sep Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 Sep Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri

***Cuti Pertengahan Penggal 2 : 9 September - 17 September

Share:

GURU BESAR

Fan Page

Digital Learning


Dashboard Sekolah

Enrolmen Murid 2024

Kalendar 2025

Total Pageviews

Search This Blog

Halaman

Pengikut